" Sekiranya terdapat seorang lelaki dan perempuan saling mencintai antara satu sama lain, perbuatan itu tidaklah salah menurut agama. Perasaan cinta itu bukanlah dibuat-buat sebaliknya telah ditanam oleh Allah S.W.T. Ketahuliah bahawa cinta itu mulia dan suci "
Sabda Rasulullah "barangsiapa yang bercinta, dan merahsiakannya dan tidak berbuat maksiat kemudian ati, dia akan masuk syurga" dipetik dari kitab ad-durr al-Mantsur fil Alhadis al-Musytaharah, karangan Imam as-Suyuti.
Dalam mengatakan kata cinta, hakikatnya cinta itu akan membuatkan kita menjadi taat. Abu Nasir As-Sarraj berkata "sesungguhnya orang yang bercinta, akan taat kepada orang yang dicintainya" Kecintaan disini
termasuklah cinta seorang makhluk kepada Allah. Dia akan mentaati tanpa mempersoalkannya. Begitu juga suami isteri yang saling mencintai sesama mereka kerna Allah, agungnya cinta mereka pada sisi Allah.
P/s : Cinta hadir bukan untuk dimiliki,, tetapi dititipkan dalam hati untuk dijaga,, ketika kita sudah boleh menjaga anugrah itu,,Suatu saat,, kita akan menyedari bahawa kita juga di cintai..

No comments:
Post a Comment