Apabla saya menulis tentang ajaibnya doa, teringat kisah seorang bekas anggota polis. Ni cerita betul. Dulu seorang bekas anggota polis ni, semasa berkhidmat, dia telah menahan seorang budak atas kesalahan yang dia sendiri tahu. Budak itu baik, tidak pernah meninggalkan solat ketika ditahan. Ketika soal siasat dijalankan, dia mengungut untuk menendang budak ni jika dia tidak mahu mengaku salah. Budak tu tidak mahu mengaku salah, dan dia beritahu jangan tendang dia. Dengan tidak memikir panjang, polis tu terus tendang budak itu. Dengan keadaan lemah, budak itu berkata kepada polis tersebut, andai saya tidak salah, saya akan doakan supaya nikmat kaki polis tersebut, Allah akan tarik. Tapi disebabkan iman yang lemah dan tiada keyakinan kepada allah, polis itu merasakan seperti tidak ada apa2. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, dan Allah nak tunjukkan kuasaNya kepada hambaNya, dia jatuh sakit dan kaki nya terpakasa potong. Dan ketika itu dia sudah bersara, bayangkan azab yang dia harus tanggung, kaki yang sakit serta kekurangan duit untuk kos perubatan. Ketika itu baru dia teringat doa budak itu, tapi apakan doa, sudah terlambat.
Percaya dan yakinlah, Allah itu Maha Mendengar. Dia mendengar setiap rintihan hambaNya dalam doa. Tiada perantaraan. Doa sahaja. Cuma Allah akan beri dalam pelbagai bentuk, rasa dan waktu. Cuma sabarlah, akan turun juga rahmat, jika tidak di dunia, mungkin di akhirat.
Mohonlah apa saja, Allah akan mendengar. Kerana Allah telah berjanji dalam firman-Nya.
“ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” [Al-Baqarah2 :186]
Allah berjanji untuk kabulkan permintaan hamba-Nya yang berdoa namun disertakan dengan syarat di belakangnya hendaklah hamba-Nya yang berdoa itu memenuhi perintah Allah dan beriman kepadaNya. Bukanlah meminta tanpa kita taat kepada Allah s.w.t.
Doalah apa saja asalkan kita tidak lupa untuk taat kepad aperintah Allah. Doalah apa saja walau ia terlihat mustahil namun yakinkan hati ketika berdoa bahawa Allah jua Yang Maha Memungkinkan Kemustahilan.

No comments:
Post a Comment