Sunday, 4 December 2011

Sudikah kau menjadi makmum dalam solatku, yang halal membatalkan wudukku nanti?

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26) 



Indah kan ayat cinta Allah ini. Saya ingin simpulkan ayat ini. Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.  Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah. Kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Sama2 perbaiki diri,minta pada Allah. Dia kan Maha Mengetahui, sedang kita tidak mengetahui bukan? 

Tapi macam mana kita nak tahu dia tu orangnya? Jawapannya ialah "istikharah". Istikharah itu bukan buat hanya sekali, niat bukan hanya kerana semata cinta pada manusia,tapi semoga pilihan itu pilihan dari Dia, yang akhirnya penuh dengan cerita bahagia. Kalau pun bergaduh atau merajuk jangan lama2. Anggap saje semua tu asam garam hidup. Pelbagai rasa,semoga tak tawar rasanya. Sebab tu Allah jadikan hidup ni penuh warna warni. Masih tidak sedarkah kita dengan kebesaranNya? Cantiknya Hawa bukan untuk semua, tapi untuk yang teristimewa. Andai betul dia tu jodoh kita, kita pasti rasa senang dengannya kan. Allah dah sebut dalam AlQuran.

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa ALLAH ciptakan untuk kamu (kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu perasaan mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). (al-Rum, ayat 21)"



Tapi bila kita putus cinta,jangan pening2 dan sedih bila putus cinta. Jangan nak salahkan sesiapa. Dah memang itu bukan jodoh kita. Allah dah rancang yang terbaik untuk hamba2Nya. Yang penting sabar. Sabar tu payah tapi manis hujungnya. Dan sedih tu selalunya akan mendekaktkan diri kita kepada Allah.

Cinta yang kekal hanya cinta kepada Allah . Cinta kepada Nya membawa kita ke syurga. Cinta kepada Allah bukan hanya menjanjikan kebahagiaan. Ia juga akan melahirkan peribadi yang memiliki kekuatan dan keberanian yang hebat dalam menghadapi ujian di dunia.



Sedang Adam kesunyian dalam syurga,
Allah ciptakan Hawa untuknya,
Dari rusuk kiri Adam.
Bukan dari kepala untuk dijunjung tinggi.
Bukan pula dari kaki untuk dijadi alas berdiri.
Tetapi dari rusuk kiri yang letaknya dekat dengan hati.
Untuk disayangi.
Dekat dengan tangan untuk dilindungi.
Hawa,
jagalah diri untuk Adam kamu.

Renung renungkan lah :)

P/s : Sudikah kau menjadi makmum dalam solatku, yang halal membatalkan wudukku nanti?

4 comments: