Friday, 20 April 2012
Hidup Ini Umpama Pensil
Kita adalah sebaik-baik kejadian dan setiap daripada kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Dan hakikat hidup kita ini byk diperumpamakan. Ada yang kata seperti roda, yakni kadang2 di bawah dan kadang2 di atas. Pernah tak korang terfikir hidup ini seumpama pensil?
Lihatlah pada sebatang pensil,
"Kita pinjamkan pensil yang sudah diasah pada kawan pertama,
Kawan pertama pulangkan dalam keadaan baik, diasah selepas digunakan
Kita ambil dan letak dalam kotak pensil"
Begitulah juga dengan diri kita. Kalau kita ni pulang pada Allah dalam keadaan yang baik, maka Allah akan letak kita di tempat yang baik iaitu Syurga.
Lihatlah pada sebatang pensil,
"Kita pinjamkan pensil yang sudah diasah pada kawan kedua,
Kawan kedua pulangkan dalam keadaan mata patah,
Kita asah balik sebelum letakkan balik didalam kotak pensil"
Begitulah juga dengan diri kita. Kalau kita pulang pada Allah dalam keadaan yang kotor, Allah tentu akan beri seksaan dahulu sebelum meletakkan kita ke tempat yang baik.
Lihatlah pada sebatang pensil,
"Kita pinjamkan pensil yang sudah diasah pada kawan ketiga,
Kawan ketiga pulangkan dalam keadaan patah dua,
Kita bengang pada kawan kita, then kita buang terus pensil tu dalam tong sampah"
Begitulah juga dengan diri kita. Kalau kita pulang pada Allah dalam keadaan yang di murkai, seperti murtad, neraka selama-lamalah jawabnya.
Lihatlah pada sebatang pensil,
"Tangan kita menulis apa sahaja mengikut acuan dan kehendak kita atas dasar baik ataupun buruk menggunakan pensil"
Begitulah juga dengan diri kita. kita akan mampu berjaya dalam kehidupan ini seandainya kita dibimbing oleh orang-orang yang positif. Lebih bagus dan pasti lebih berjaya jika kita sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Namun, jika kita membiarkan diri kita hanyut tanpa bimbingan, bergaul dengan mereka yang salah serta mengikut telunjuk syaitan.. pasti kita akan rugi dan gagal.
Lihatlah pada sebatang pensil,
"Pensil yang tumpul haruslah kita asah banyak kali untuk meneruskan menulis, kalau pensil tu tumpul, susah kita nak menulis dengan sempurna"
Begitulah juga dengan diri kita. Hakikat hidup ini sentiasa penuh dengan liku2 yang mencabar. Kadang2 kita berada di atas, esoknya kita berada di bawah. Semua kejadian dan ujian dariNya sebenarnya untuk membina dan mengasahkan lagi kekuatan diri kita, kekuatan iman kita, dan kekuatan ketaqwaan kita kepadaNya.
Lihatlah pada sebatang pensil,
"Kebanyakkan pensil yang ada di market sekarang, mesti ada pemadam di hujungnya, maka boleh kita gunakan untuk memadam tulisan andai ada kesalahan pada penulisan"
Begitulah juga dengan kehidupan kita. Andai ada tersilap langkah, kita perlu memperbaiki kesilapan itu dan jangan mengulanginya. Ya, memang kita bukan manusia yang sempurna seperti maksumnya Nabi Muhammad S.A.W. Segala kesalahan akan mematangkan kita. Kegagalan adalah pengalaman yang berharga sebelum kita mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah kegagalan yang diputarbalikkan. Namun, jangan biarkan diri sentiasa dalam kegagalan. Sentiasalah berkeinginan untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik.
Lihatlah pada sebatang pensil,
"Tidak kiralah kita menulis samada di kertas mahupun di dinding, tetap meninggalkan kesan atau bekas tulisan dan pensil itu akan terus digunakan untuk menulis"
Begitulah juga dengan kehidupan kita. Dalam apa situasi yang kita buat kat dunia ini, pasti akan meninggalkan kesan baik ataupun buruk. Maka, banyakkanlah berbakti kepada ibu bapa kita, dan ornag keliling kita. Jangan sesekali kita menyakiti orang lain kerana mereka akan ingat selamanya.
P/s : Beruntunglah hati seseorang itu apabila iman di hatinya tinggi, hidup dia ibarat seperti Allah yang pegang pensil itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment