"Kita sering merancang suatu hari nanti kita akan hidup bahagia dengan si dia, insan tersayang, kadangkala ada pasangan tu bercinta bertahun tahun, dan terus berharap impian untuk mendirikan masjid dengan si dia yang kita sangkakan tulang rusuk kita. Tapi berapa ramai yang dapat memenuhi impian itu? Kita ini manusia, dan sesungguhnya kita hanya mampu merancang, tapi sebaik baik perancangan adalah daripada Allah juga"
Jodoh itu Allah tentukan, dan kita tidak mampu untuk mengetahui dan meramalkan apa yang akan berlaku di masa hadapan. Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Kadang-kadang kita menyangka, kita dengan si dia dekat dan amat rapat dalam hubungan. Dan selalu kita sangka dia lah segalanya dan yakin dialah jodoh kita sehingga kita lupa pada suratan dan takdir yang telah Dia tentukan. Itulah rahsia yang kita tidak akan tahu dalam kehidupan kita.
Dan siapa sangka orang yang kita benci menjadi jodoh kita, dan siapa sangka orang yang kita tak pernah kenal itu jodoh kita, dan siapa sangka orang yang kita anggap sebagai teman biasa itu jodoh kita, dan siapa sangka orang yang tidak cantik itu jodoh kita. Wah, indahkan hidup ini. Setiap yang hidup di dunia ini, Allah dah tentukan dan tunjukkan, cuma kita je yang perlu membuat pilihan yang tepat. Belajarlah untuk mensyukuri apa yang ada, apa yang menjadi milik kita, sebab wanita dan lelaki tu semua, tapi kita boleh mencorakkan mereka.
Kerana itu dalam bercinta itu biarkan bersahaja. Kenal hati budi masing masing dahulu. Kerana belum tentu jodoh kita dengan dia lagi. Yelah, bayangkan tak pedih ke kalau bercinta bertahun tahun, tetapi putus di tengah jalan? Aku tulis semua ni berdasarkan pengalaman aku dan kawan keliling, aku tahu dulu aku pn banyak berjanji, tapi semua itu sebab lalai dalam bercinta, aku minta maaf kalau ada yang terguris.
" Perkahwinan bukanlah sesutau yang boleh di cuba dan di agak, tiada ruang untu berpatah balik bila akad telah dilafazkan bersaksi dan berwali, apa jua yang berlaku selepas itu, tempuh dengan penuh keimanan walaupun sukar, takkan ada ruang untuk disesali sebab semua yang berlaku atas keputusan yang kita pilih sendiri "
P/s : Selamat Menyambut Hari Lahir Yang Ke-19, semoga Allah merahmati kamu. Tak sempat nak g sambut, hee maaf yaa. Tapi hadiah dah di post kan. InsyaAllah sampai =) - Hawa Binti Adam


Mmg betul ada pentingnya mengenal hati budi sblm berkahwin. Tp 'sessi perkenalan' itu tidak sama dan tidak seikhlas sepertimana selepas berkahwin. Sebab tu, ada juga baiknya, istikharah jika sudah berkenan dgn seseorang.. mohon petunjuk dariNya. Jika benar, terus kahwin dan berkenalan la selepas kahwin.
ReplyDeleteAkak dan dak dek knl pun kejap sangat, alhamdulillah.. bahagia sgt. =~.^=
hee yup :) selepas kahwin adalah percintaan paling indah sebab kita xkenal dia, kita tatahu ape die suke makan, kita tatahu ape warna dia suke, semua baru :)
ReplyDelete