Sunday 6 January 2013

Solat Dalam Perjalanan



Jamak

Syarat2 jamak taqdim

1) Niat

Lafaz niat solat zuhur
" sengaja aku solat zuhur empat rakaat, dihimpunkan asar kepadanya tunai kerana Allah Taala "

Lafaz niat solat asar
" sengaja aku solat asar empat rakaat dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala "

Lafaz niat solat maghrib
" sengaja aku solat maghrib tiga rakaat, dihimpunkan isyak kepadanya tunai kerana Allah Taala "

2) Tertib

3) Berturut-turut


 Syarat2 jamak takhir

1) Niat

Lafaz niat solat zuhur
" sengaja aku solat zuhur empat rakaat, dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala "

Lafaz niat solat asar
" sengaja aku solat asar empat rakaat dihimpunkan zuhur kepadanya tunai kerana Allah Taala "

Lafaz niat solat maghrib
" sengaja aku solat maghrib tiga rakaat, dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala "

Lafaz niat solat isyak
" sengaja aku solat isyak empat rakaat, dihimpunkan maghrib kepadanya tunai kerana Allah Taala "

2) Tertib

3) Berturut-turut

Solat Qashar serta Jamak

Jamak Taqdim

Lafaz niat solat zuhur
" Sengaja aku solat zuhur dua rakaat qashar, dihimpunkan asar kepadanya, tunai kerana Allah Taala"


Lafaz niat solat Asar
" Sengaja aku solat asar dua rakaat qashar, dihimpunkan kepada zuhur, tunai kerana Allah Taala"


Lafaz niat solat Isyak
" Sengaja aku solat isyak dua rakaat qashar, dihimpunkan kepada maghrib, tunai kerana Allah Taala"

Jamak Ta'khir


Lafaz niat solat zuhur
" Sengaja aku solat zuhur dua rakaat qashar, dihimpunkan kepada asar, tunai kerana Allah Taala"


Lafaz niat solat Asar
" Sengaja aku solat asar dua rakaat qashar, dihimpunkan zuhur kepadanya, tunai kerana Allah Taala"


Lafaz niat solat Isyak
" Sengaja aku solat isyak dua rakaat qashar, dihimpunkan maghrib kepadanya, tunai kerana Allah Taala"




Tuesday 18 December 2012

Doa Iftitar itu Doa pembuka solat.



Allahu Akbaru kabiraw 
walhamdu lillahi kathiraw 
wasubhanallahhi bukratau waasila. 
Wajjahtu wajhia lillazi fataras sama wati wal ardha 
hanifam muslimaw wama ana minal musyrikin. 
Inna solati wanusuki wamahyaya wammamati lillahi rabbil'alamin 
La syarikalahu wabiza lika umirtu wa ana minal muslimin




Maksudnya:


Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

Doa ifititah itu hanyalah sunat, tak buat tetap sah solat, buat dapat pahala. Tapi Nabi cuma tak suka kalau kita tak buat, sebab itu sunah nabi.

Iftitah itu "pembukaan" pembukaan yang sunat 
Fatihah itu "pembukaan" pembukaan yang fardhu

Sebaiknya perkara sunat itu dilakukan. Samada sunat di dalam perkara fardhu atau sunat dalam perkara sunat . Dalam menuju pembaikan penyempurnaan hubungan hambaNya denganNya dan hubungan Dia dengan diri hambaNya. Perkara sunat itu perbanyakkan ia kerana ianya mengundang kasih Allah.

P/s : Mood kesejukan sebab hujan di luar sana. Bestnya kalau dapat tidur sekarang. hehe

Sunday 16 December 2012

Sedar tapi tidak sedar



♥ Wang RM10 begitu besar bila dibawa ke
tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita
bawa ke supermarket.

♥ 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi
betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

♥ Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati
pemutaran filem di panggung wayang.

♥ Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika
berdoa atau sembahyang, tapi betapa
mudahnya mencari bahan percakapan bila
bertemu teman-teman.

♥ Betapa happynya bila menonton bola sepak
yang agak lama, tapi betapa bosannya bila
imam solat jika terlalu lama bacaannya.

♥ Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja,
tapi novel best-seller 100 halaman pun habis
dilalap.

♥ Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila
menonton konsert atau pertandingan bola
sepak, dan berebut cari saf paling belakang
bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

♥ Susahnya orang mengajak untuk berdakwah,
tapi mudahnya orang menyebar gossip.

♥ Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat
Khabar, tapi kita sering mempersoalkan apa
yang dikatakan Al-Quran.

♥ Semua orang ingin masuk syurga tanpa harus
beriman, berfikir, berbicara atau pun
melakukan apa-apa.

Saturday 1 December 2012

Ajaibnya sebuah doa

" Ramai orang mengeluh apabila ditimpanya dugaan. Ramai orang suka meminta kepada manusia apabila menginginkan sesuatu. Ramai orang kata doa ini senjata mukmin, yeee memang betul, tapi berapa ramai yang tahu pengertian doa yang sebenar-benarnya? "


Apabla saya menulis tentang ajaibnya doa, teringat kisah seorang bekas anggota polis. Ni cerita betul. Dulu seorang bekas anggota polis ni, semasa berkhidmat, dia telah menahan seorang budak atas kesalahan yang dia sendiri tahu. Budak itu baik, tidak pernah meninggalkan solat ketika ditahan. Ketika soal siasat dijalankan, dia mengungut untuk menendang budak ni jika dia tidak mahu mengaku salah. Budak tu tidak mahu mengaku salah, dan dia beritahu jangan tendang dia. Dengan tidak memikir panjang, polis tu terus tendang budak itu. Dengan keadaan lemah, budak itu berkata kepada polis tersebut, andai saya tidak salah, saya akan doakan supaya nikmat kaki polis tersebut, Allah akan tarik. Tapi disebabkan iman yang lemah dan tiada keyakinan kepada allah, polis itu merasakan seperti tidak ada apa2. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, dan Allah nak tunjukkan kuasaNya kepada hambaNya, dia jatuh sakit dan kaki nya terpakasa potong. Dan ketika itu dia sudah bersara, bayangkan azab yang dia harus tanggung, kaki yang sakit serta kekurangan duit untuk kos perubatan. Ketika itu baru dia teringat doa budak itu, tapi apakan doa, sudah terlambat.

Percaya dan yakinlah, Allah itu Maha Mendengar. Dia mendengar setiap rintihan hambaNya dalam doa. Tiada perantaraan. Doa sahaja. Cuma Allah akan beri dalam pelbagai bentuk, rasa dan waktu. Cuma sabarlah, akan turun juga rahmat, jika tidak di dunia, mungkin di akhirat.

Mohonlah apa saja, Allah akan mendengar. Kerana Allah telah berjanji dalam firman-Nya.
“ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” [Al-Baqarah2 :186]

Allah berjanji untuk kabulkan permintaan hamba-Nya yang berdoa namun disertakan dengan syarat di belakangnya hendaklah hamba-Nya yang berdoa itu memenuhi perintah Allah dan beriman kepadaNya. Bukanlah meminta tanpa kita taat kepada Allah s.w.t.

Doalah apa saja asalkan kita tidak lupa untuk taat kepad aperintah Allah. Doalah apa saja walau ia terlihat mustahil namun yakinkan hati ketika berdoa bahawa Allah jua Yang Maha Memungkinkan Kemustahilan.

Thursday 17 May 2012

Tuhan Merahmati Cinta

" Sekiranya terdapat seorang lelaki dan perempuan saling mencintai antara satu sama lain, perbuatan itu tidaklah salah menurut agama. Perasaan cinta itu bukanlah dibuat-buat sebaliknya telah ditanam oleh Allah S.W.T. Ketahuliah bahawa cinta itu mulia dan suci "



Sabda Rasulullah "barangsiapa yang bercinta, dan merahsiakannya dan tidak berbuat maksiat kemudian ati, dia akan masuk syurga" dipetik dari kitab ad-durr al-Mantsur fil Alhadis al-Musytaharah, karangan Imam as-Suyuti.

Dalam mengatakan kata cinta, hakikatnya cinta itu akan membuatkan kita menjadi taat. Abu Nasir As-Sarraj berkata "sesungguhnya orang yang bercinta, akan taat kepada orang yang dicintainya" Kecintaan disini

termasuklah cinta seorang makhluk kepada Allah. Dia akan mentaati tanpa mempersoalkannya. Begitu juga suami isteri yang saling mencintai sesama mereka kerna Allah, agungnya cinta mereka pada sisi Allah.

P/s : Cinta hadir bukan untuk dimiliki,, tetapi dititipkan dalam hati untuk dijaga,, ketika kita sudah boleh menjaga anugrah itu,,Suatu saat,, kita akan menyedari bahawa kita juga di cintai..