Friday, 20 April 2012

Jiwa Kacau..Hujan yang cakap


Dalam islam, tiada istilah 'Jiwa Kacau' kerana kita mempunyai Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mendengar. Ya, Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mendengar ! Jiwa pasti mempunyai tempat bergantung dan mengadu yang paling istimewa.

"Hati itu perlu sahabat, zikir dan alquran itulah ubat.
Hati itu persoalan jiwa,sebentar menangis sebentar ketawa. "

Allah tidak pernah menolak rintihan dan luahan hambaNya. Minta dan harapkan lah kepadaNya. Sedangkan iblis yang derhaka kepadaNya meminta di panjangkan usia, inikan kita yang setiap hari sujud kepadaNya. InsyaAllah, cuma dia akan berikan kita dalam pelbagai bentuk, warna dan rupa.

Senyumlah selagi nafas Allah kurniakankepada kita insan pilihan. Hidup inmi terlalu singkat untuk murung dan melayan perasaan yang tak tentu arah.

P/s : Carilah kompas Islam, supaya jarum kompas kita sentiasa menghidap kepadaNya :)

No comments:

Post a Comment