" Seorang ayah telah menjaga anaknya dengan sempurna sekali, apa yang anaknya mahukan, semuanya dituruti, dan bahkan bersusah payah untuk kebahagian anaknya.Tapi bila anak tu semakin membesar, ia tidak ubah seperti anjing liar, melupakan jasa ayahnua dan sangat derhaka"
Mengingkari, membangkang nikmat yang telah diberikan sememanya masalah jiwa manusia. Kita tak perlu hairan andai mereka melupakan jasa setelah kebaikan yang kita berikan, sebab mereka tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka dapat. Allah berfirman dalam surah At Taubah (74) "..dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya.." "..dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah2 dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan menimpanya " Yunus (12)
"Ada sepasang couple@suami isteri, setelah mereka berpisah, semua perkara baik di ungkitkan baik perempuan mahupun laki, apakah sebelum ini segala kebaikan itu dilakukan atas keredhaan Allah seperti apa yg mereka katakan sebelum ni walhal mereka mengungkit sesama sendiri pada masa sekarang? Renungkanlah dan nilaikanlah pasangan anda itu sendiri, samaada mereka ikhlas ataupun tidak terhadap anda"
Saya menulis entry ni bukan untuk menyuruh supaya kamu semua meninggalkan kebaikan, tapi berbuatlah kebaikan hanya kerana Allah semata2, maka dengan keredhaanNya, kita akan menguasai keadaan ! Kita perlulah bersyukur kepada Allah kerana dapat berbuat baik ketika orang disekeliling kita semakin tenggelam dengan maksiat. Tadahlah tgnmu ke langit tanda syukur kepadaNya, pasti kau akan menyambut bunga2 cinta rahmatNya !
P/s : Tangan di atas itu lebih baik daripada tangan di bawah. Faham? Tak faham, kita muhasabah banyak2, mst akan jumpa jawapannya, selamat beramal ^^

No comments:
Post a Comment