Friday, 2 March 2012

Saya Nak Bakal Isteri Saya Beriman, Tapi Macam Mana??

" Solat ini ibarat macam kertas BM SPM wajib lulus, bila lulus, yang lain akan lulus, cuma bezanya kalau masa keluar result then fail, kita boleh repeat. Tapi kalau solat, bila keluar result di akhirat kelak, kalau gagal, neraka lah jawapannya "

Sebab itu semua orang mahukan pasangan mereka beriman, maka perlu merujuk kepada amalan solat mereka kerna solat adalah tiang agama dan solat adalah antara perkara yang akan dihisab. Maknanya kalau solat lulus, maka cerahlah amalan lain seperti puasa dan lain2.

Kalau dalam solat pun masih tak reti membaca alquran, macam mana nak didik isteri mahupun anak yang bakal lahir. Anak yang dicorak hidup mereka dengan cara Islam akan melahirkan zuriat dan keturunan yang baik. InsyaAllah !

Atas itulah Rasulullah S.A.W mengingatkan bakal-bakal suami agar memilih bakal isteri yang mempunyai kesungguhan dan penghayataan agama, bukan kerana paras rupa, keturunan atau harta semata-mata. Sabda Rasulullah yang bermaksud :



"wanita dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia menguntungkan kamu(lebih utama)"




P/s : Solat itu tiang agama, kalau tak solat, robohlah agama kita. SubahanaAllah !

No comments:

Post a Comment