Friday, 9 March 2012

Iman Diwarisi Mudah Hilang

" Rahmat Allah yang paling besar bagi manusia ialah rahmat iman dan islam, Beruntunglah golongan yang lahir dalam Islam berbanding mereka yang tidak lahir dalam islam "

Dalam masyarakat kita, sering kita menganggap anak pak imam atau pak bilai baik pada pandangan mata seperti ayah mereka. Kita boleh perhatikan, ayah mereka 24/7 di masjid, tapi anak mereka kaki clubbing. Kita boleh perhatikan juga, ayah mereka menjadi imam di masjid, tetapi anak berpegang tangan dengan perempuan lain. Tanggapan ini salah kerana iman yang diwarisi dari ibu bapa bukan iman yang kuat dan ia mudah  sahaja hilang  dari diri seseorang apabila adanya ujian seperti kemisikinan, cinta dan sebagainya. Dan kadang2 anak bukan imam lebih baik dari anak imam !





Dalam zaman sekarang, tidak kira lah dia anak imam atau bukan anak imam, kita perlu kembali menguatkan akidah kita. Kuat akidah, kuat iman ! Akidah merupakan asas perubahan atau transformasi individu. Akidah boleh mentransformasikan masyarakat melalui Uluhiyyah (ketuhanan), Nubuwah (kenabian), Samiyyat (perkabaran), dan Ghaibiyyat (perkara ghaib). Keyakinan kepada perkara ini amat penting untuk mencetuskan taqwa.  Manusia yang benar2 yakin akan takut melakukan perkara  yang dilarang oleh Allah dan berlumba2 melakukan perkara yang disuruh oleh Allah.

Keyakinan yang diperolehi akan menyebabkan mereka yang mahu mengubah nasib umpanya, akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah diri terlebih dahulu sebelum mencapai kejayaan untuk mengubah nasib mereka. InsyaAllah ! Amal Makruf Nahi Munkar.


P/s : Ubahlah tanggapan kita terhadap seseorang, xsemua anak imam kita nampak baik dan anak bukan imam x baik, tapi bersangka baik sahaja sesama saudara islam. Sama2 mengumpul amalan untuk mendapat tempat yang terbaik di akhirat kelak. InsyaAllah masih belum terlambat lagi.

No comments:

Post a Comment