Monday, 27 February 2012

Hukum Bertaqlid Kepada Imam-imam Mazhab

" Terdapat 2 golongan mengenai bertaqlid kepada imam iatu yang pertama menyatakan wajib bertaqlid kepada imam-imam yang empat dan kedua wajib bertaqlid kepada imam tertentu sahaja" 

Menurut para pengkaji, pendapat kedua iatu wajib bertaqlid kepada imam tertentu dan menerima pandangannya sahaja dan menolong pandangan lain adalah haram disisi agama. Ini seolah-olah telah menjadikan imam mereka pencipta undang2 dan nabi yang maksum dan jika sampai ke tahap seperti ini, mereka perlu bertaubat.



Pada pandangan Ibnu Taimiyah sekiranya berterusan begitu, dia telah pun terkeluar dari Islam. SubahanaAllah! Begitu juga dalam kitabnya "I'lam al-Muqi'en", Ibnu Qayyim telah menentang kata-kata ini iatu taqlid empat imam sahaja dan taqlid salah seorang yang tertentu daripada mereka dengan menggunakan lebih kurang 50 hujah dalam menyalahkan pandangan ini dan membuat perbincangan  yang panjang dan bernilai. Dalam kitab itu boleh di simpulkan bahawa apabila sampai kepada seseorang yang bukan ahli ijtihad pandangan yang sahih dari mana2 imam yang empat, atau imam sebelum atau selepas mereka haruslah baginya mentaqli mereka.

Ahli ijtihad wajib berijtihad dan orang awam dan mereka yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana2 imam atau faqih yang sampai ke martabat ijtihad.

P/s : Perbezaan antara mazhab tidak melibatkan persoalan pokok yang berkaitan syariat dan akidah. Wallahualam =) luasnya ilmu Allah ini.

No comments:

Post a Comment