" Kehidupan di dunia ini adalah sementara sifatnya berbanding kehiupan di akhirat yang kekal abadi. Semua orang tahu tentang hakikat kehidupan di dunia ini, namun berapa ramai yang betul2 faham nilai dunia di sisi Allah? "
Dari Sahl Bin Sa'ad as-Saidiy r.a, ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : "Demi Allah, dunia ini dibanding akhirat ibarat seseorang yang mencelupkan jarinya ke laut, air yang tersisa di jarinya ketika diangkat itulah nilai dunia" (HR at-tirmidzi) betapa kecilnya nilai dunia disisi Allah. SubahanaAllah !
Dunia ini hina disisi Allah kerana kerana dijadikan Allah semata-mata sebagai ujian dan percubaan terhadap setiap hambaNya untuk menuju ke akhirat yang kekal abadi. Fitnah adalah antara ujian Allah kepada hambaNya didunia ini.
Kalaulah dunia ini tiada nilai, kenapa Allah ciptakan dunia dan kenapa kita dihantar ke dunia ini? Dunia ini diciptakan oleh Allah sebagai medan kepada hambaNya untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi. Manusia dihantar ke dunia sebagai khalifah untuk mentadbir dan menguruskan segala hal berkaitan dunia selaras dengan perintah Allah. Seharusnya dunia ini dijadikan jambatan untuk menuju ke akhirat yang kekal abadi.
P/s : Jom tambah dan cukupkan lagi bekalan untuk ke akhirat !

No comments:
Post a Comment