Saturday, 17 March 2012

Mahar Ataupun Hantaran?


Alhamdulillah, sekarang ni ramai rakanku berjaya menamatkan zaman bujang mereka. Tahniah dan semoga korang semua hidup bahagia selamanya ! Sempat jugak wish dalam blog ni. Hihi.

Namun bagi bujang terlajak, mst rasa rendah diri dan risau kerana  mereka mahu berkahwin tapi digit duit dibank tidak bertambah, digit umur pula bertambah. Alahai ! Dalam situasi ini, mereka sering meyalahkan mahar ataupun hantaran terlalu tinggi. Muslimah islam kadang2 mereka terasa dalam dilema dalam menetapkan mahar, sedangkan itu adalah hak mereka.

Berdasarkan firman Allah dalam Surah al-Nisa ayat 20, Allah mengHARUSkan pemberian mas kahwin yang banyak dan mahal kepada wanita. Malah tindakan mengharam atau menghadkan jumlah mahar pada sekatan-sekatan tertentu adalah tidak bercanggah dengan syariat.

Namun begitu, tak bermaksud mahar perlu diletakkan dalam nilai yang terlalu tinggi hingga membebankan pasangan dan menimbulkan fitnah, tetapi ditentukan mengikut kemampuan diri, harta dan kedudukan. Kita tidak mahu selepas berkahwin, mereka akan terbeban dengan hutang !


"Wanita yang paling tinggi keberkatannya adalah wanita yang paling rendah maharnya" (Riwayat Ahmad)



"Masyarakat Melayu kita sering mengatakan mengikut agama, padahal hakikatnya mereka hanya mengikut adat dan trend"


Lucunya dalam masyarakat Malaysia, isu mahar ni selalu diputar belitkan. Kononya mahu mengikut sunnah Rasulullah, hampir semua negeri di Malaysia meletakkan nilai yang paling rendah, dan ada serendah rm50 kebawah. Tetapi sebaliknya mereka juga mengenakan bayaran lain yang lebih tinggi, iatu hantaran dengan lebih rm10,000 ! Apakah dengan bebanan yang sebegitu banyak macam ni dan kemungkinan hutang selepas kahwin, mungkin keberkatan yang diharapkan daripada ikatan perkahwinan akan terhasil? Fikirkanlah !

Lebih malang lagi apabila konsep mahar yang sepatutnya diberikan kepada pengantin perempuan sebagai sagu hati diabaikan. Mereka ini mendapat bayaran mahar yang rendah, sedangkan hantaran yang tinggi biasanya diambil oleh wali. Dan kadang2 juga, si bapa mendiamkan diri tetapi si ibu pula berlebih2 meminta hantaran yang terlalu tinggi. Di mana peranan seorang ayah sebagai seorang wali dan imam keluarga????

Sebab itulah banyak yang haram dihalalkan sendiri disebabkan yang halal tu dipayahkan. Orang Melayu terlalu memberi tumpuan pada soal adat dan budaya serta keadaan sekeliling sehingga menyusahkan urusan perkahwinan termasuk terpaksa berhutang. Tak ikut adat pun tak masuk neraka. Tak ikut agama masuk lah neraka ! Dan tujuan membuat walimatulurus bukanlah untuk menunjukkan kekayaan masing2 tetapi untuk memberi khabar berita gembira.

P/s : Mahar cinta itu sedikit ataupun banyak, kedua-duanya adalah Sunnah =)

No comments:

Post a Comment