Indah kan ayat cinta Allah ini. Saya ingin simpulkan ayat ini. Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah. Kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Sama2 perbaiki diri,minta pada Allah. Dia kan Maha Mengetahui, sedang kita tidak mengetahui bukan?
Tapi macam mana kita nak tahu dia tu orangnya? Jawapannya ialah "istikharah". Istikharah itu bukan buat hanya sekali, niat bukan hanya kerana semata cinta pada manusia,tapi semoga pilihan itu pilihan dari Dia, yang akhirnya penuh dengan cerita bahagia. Kalau pun bergaduh atau merajuk jangan lama2. Anggap saje semua tu asam garam hidup. Pelbagai rasa,semoga tak tawar rasanya. Sebab tu Allah jadikan hidup ni penuh warna warni. Masih tidak sedarkah kita dengan kebesaranNya? Cantiknya Hawa bukan untuk semua, tapi untuk yang teristimewa. Andai betul dia tu jodoh kita, kita pasti rasa senang dengannya kan. Allah dah sebut dalam AlQuran.
Cinta yang kekal hanya cinta kepada Allah . Cinta kepada Nya membawa kita ke syurga. Cinta kepada Allah bukan hanya menjanjikan kebahagiaan. Ia juga akan melahirkan peribadi yang memiliki kekuatan dan keberanian yang hebat dalam menghadapi ujian di dunia.
Sedang Adam kesunyian dalam syurga, Allah ciptakan Hawa untuknya,
Dari rusuk kiri Adam.
Bukan dari kepala untuk dijunjung tinggi.
Bukan pula dari kaki untuk dijadi alas berdiri.
Tetapi dari rusuk kiri yang letaknya dekat dengan hati.
Untuk disayangi.
Dekat dengan tangan untuk dilindungi.
Hawa,
jagalah diri untuk Adam kamu.
Renung renungkan lah :)
Sedang Adam kesunyian dalam syurga,
Dari rusuk kiri Adam.
Bukan dari kepala untuk dijunjung tinggi.
Bukan pula dari kaki untuk dijadi alas berdiri.
Tetapi dari rusuk kiri yang letaknya dekat dengan hati.
Untuk disayangi.
Dekat dengan tangan untuk dilindungi.
Hawa,
jagalah diri untuk Adam kamu.
Renung renungkan lah :)
P/s : Sudikah kau menjadi makmum dalam solatku, yang halal membatalkan wudukku nanti?


terbaikkk la angah!!! i like tis article!
ReplyDeletemmg terbaik...bg aku sedar selama nie....:)
ReplyDeletetetiba sebak rase baca entry ni...
ReplyDeletekalau terasa sebak tu baguslah, sebab kita mula sedar :)
ReplyDelete