Saturday, 3 December 2011

Bersyukurlah Dengan Nikmat Allah



Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata. Dunia dan manusia boleh berbuat apa2 tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah.

Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah SWT. Apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan yang mana jalan jalan manusia tidak sangka. 

Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata: "habislah aku kali ni" .Tapi usia kita tetap berjalan dan kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini.
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku, Ya Allah.. tolonglah aku, aku susah ya Allah" .Tapi hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan..
“Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat-Nya.” (Hamka)

Masihkan kita teringat akan nikmat yg Allah berikan selama ini? Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar. Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa yang telah ada.

Ada satu hamba Allah yang patah kakinya yang dia tidak pernah pun sebut, dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak. Tapi apabila satu hari dia sakit kaki, dia kata: "Ya Allah, bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik" dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita" Yang kita ada ini harapan kita.


Bersyukurlah wahai diri ini. Ramai orang terpaksa sabar tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur.

“Ya Allah apa sahaja yang aku alami daripada nikmat-Mu, daripada kurniaan, daripada sesiapa di kalangan hamba-Mu…Tidak ada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhan bagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran…”

No comments:

Post a Comment