Tuesday, 6 December 2011

Mudahnya Wanita Masuk Syurga Berbanding Lelaki

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terletak pada bibir nya yang selalu mengungkapkan kata-kata yang baik.  Kecantikan wanita juga terletak pada setiap pergerakannya, kerana ilmu agama yang di bawa kemana sahaja. Kecantikan wanita terletak pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya lah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.




Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )

Cuba tengok balik hadis ini? Mudahkan wanita tu masuk syurga berbanding lelaki? Berbanding dengan lelaki, banyak pulak yang ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah kelak ke atas lelaki. Huuu.

Bagi pasangan, terutamanya kaum lelaki kalau yang berpegang tangan dengan pasangannya tu hentikanlah, masih belum terlambat. Kesianlah pada maruah wanita tu, maruah dia untuk lelaki yang halal sahaja. Dan bagi wanita, tutuplah auratmu, kesian lah pada kami kaum lelaki, susah kami nak jaga pandangan mata kami. Taubat nasuha cepat2, sebab nabi cakap, kiamat da nak dekat, semua tanda kecil dah keluar. Tak takut lagi? 

P/s : Menjadi wanita solehah adalah impian setiap muslimah. Namun ia perlu direalisasi dengan 'Doa dan perubahan', bukanlah sekadar berharap. Allah telah mengatakn bahwa Dia tidak akan mengubah seseorang itu melainkan dirinya sendiri yang berubah. Jom wahai kaum wanita, pasang impian dan azam menjadi muslimah penghuni Syurga Firdaus =)

No comments:

Post a Comment