Sunday, 25 March 2012

Bersyukur Atas Apa Yang Ada

Semalam pergi tengok autoshow kereta di Gombak, banyak betul kereta yang sudah di ubahsuai. Masa berjalan2, ternampak seorang hamba Allah ni, dia hanya mampu melihat sahaja. Mungkin terdetik dalam hati dia, " kalau lah aku dapat sebuah kereta kancil pn yang boleh bawa aku berjalan2, ak rasa bersyukur sangat "

Hakikat hidup, bila ada hamba Allah tengok kawan dia lebih mewah dari dia pada pandangan mata dia, terselit dihati dan perasan dia rasa x puas hati, kenapa Allah bagi kat sahabat dia, tapi Allah x bagi kat dia. Terdetik resah ketidakpuas di hati cara Allah membahagikan rezki "Aku pun solat, tapi kenapa Allah tidak turunkan seperti apa yang dia dapat?" 

Dalam hakikat hidup juga, kadang kadang orang kaya selalu merungut makanan mereka tidak sedap, tapi bagi orang yang tidak kaya, mereka kata sedap.

Dunia ini ada perhitungan Allah. Kalau Allah jadikan dunia ini semua kaya raya, takkan ada manusia sapu sampah, perah kelapa sebab semua manusia hendak duduk berehat sahaja. Kalau Allah jadikan emas boleh jumpa ditepi jalan, sudah tentu emas itu seperti batu tiada nilai. 

 
Allah melebihkan sebahagian manusia sebagai ujian Allah terhadap sebahagian yang lain. Kaya dipandangan Allah bukanlah kaya harta, tetapi kaya pada iman dan jiwa. Kita ini bukan menolak apa yang ada, tetapi bersyukur dengan apa yang ada. Kalau Allah bagi lebih, kita terima, kalau Allah xbg kepada kita, kita banyakkan sabar. Allah Maha Mengetahui apa yang Dia buat. Dia lebih tahu kadar yang kita perlukan.

P/s : Jangan ada rasa tidak puas hati kepada Allah, tetapi banyakkan syukur kepadaNya. Amin !

1 comment:

  1. How to Find a Bet365 Casino in New Zealand | Wooricasinos.info
    Bet365 랜덤 룰렛 casino 카라 포커 is a top site in NZ. 벳플릭스 It has 스포츠스코어 several advantages for NZ players, though, in many areas. Read the guide to find out more on bet 뜻 Bet365.com here.

    ReplyDelete