" Ada yang kata, luaran menunjukkan peribadi. Ada yang kata tak semestinya begitu. Saya tak nafikan, kedua-duanya betul "
Tidak semestinya bertudung labuh sudah tentu baik budi pekerti, berbanding mereka yang bukan bertudung labuh. Bukan pemakaian yang menentukan. Pemakaian mengikut syariat sudah ditentukan tetapi hati tak semestinya seperti luaran.Namun juga tak dinafikan, sudah tentu masih ramai yang dalaman seperti yang terzahir. Hanya segelintir yang dalaman bukan kelihatan seperti luaran. Namun, hanya Allah Maha Mengetahui. Kita tidak berhak menilai orang lain. Cukuplah menilai diri sendiri.
Adatnya yang bertudung labuh lebih dipandang baik, lebih dianggap solehah dan lebih dikatakan punya ilmu agama yang tinggi berbanding mereka yang bukan bertudung labuh. Cuba tengok situasi ini.
Anda terserempak dengan seorang gadis memakai tudung bawal, kemas dan cantik berbaju kurung keluar berdua-duaan bersama seorang lelaki yang mana masing-masing tiada ikatan yang sah juga tiada ikatan kekeluargaan sambil berpegangan tangan di Giant.
Dalam pada masa yang sama, apabila menoleh ke kanan, anda terpandang gadis bertudung labuh berbaju kurung yang memang diketahui masih tiada ikatan yang sah dan keluar berdua-duaan bersama seorang lelaki yang juga diketahui masih tiada ikatan yang sah sambil berpegangan tangan.
Gadis mana yang lebih dikritik hebat? Gadis mana yang lebih dipandang pelik atau jengkel? Sudah pasti gadis bertudung labuh itu sebab dia ikon ‘solehah’. Lebih dianggap golongan yang ‘tahu agama’. Yang bertudung labuh pun bukan malaikat, dia cuma manusia biasa =)
Jangan pula membenci golongan yang bertudung labuh mahupun bawal, tapi bencikan perbuatan salah mereka. Kita tak berhak langsung untuk menilai manusia, kerana hanya Allah yang tahu siapa sebenar hamba-Nya. Buruk pada pandangan manusia tak semestinya buruk pada pandangan Allah. Siapa tahu hati manusia selain Pencipta manusia itu sendiri?
Ada yang bertanya kepada saya, “macam mana nak tahu perempuan atau lelaki tu baik ke tak?” Paling utama, lihat agama. Lihat luaran dulu, menutup aurat, baik, dah lepas, lulus. Ya, memang tak semestinya yang tidak menutup aurat itu jahat dan tidak semestinya yang menutup aurat itu baik. Namun, tidak menutup aurat, itu tetap salah.
P/s : Jangan pernah salahkan tudung, salahkan diri yang memakai tudung. Berpakaianlah seperti yang disyariatkan. Berakhlaklah seperti pemakaian piawaian Allah. Dan biarlah pemakaian itu menjadi refleksi sebenar akhlak.
P/s : Jangan pernah salahkan tudung, salahkan diri yang memakai tudung. Berpakaianlah seperti yang disyariatkan. Berakhlaklah seperti pemakaian piawaian Allah. Dan biarlah pemakaian itu menjadi refleksi sebenar akhlak.

No comments:
Post a Comment