Monday, 2 January 2012

Bila Cinta Jarak Jauh

" Bila CINTA kerana ALLAH, berpisah tak gelisah, bertemu tak jemu, kerna yang diyakini menjaga CINTA itu hanya pada Tuhan yang SATU. ALLAH Maha ESA"
 


Orang kata, hubungan jarak jauh ni susah. Orang kata juga, hubungan jarak jauh ni selalu akan diganggu dengan orang ketiga. Orang kata, dugaan bagi orang berkahwin lebih hebat bila berjauhan, lebih-lebih lagi bila seorang di utara, dan seorang lagi di selatan. 

Namun semuanya itu menuntut pengorbanan dengan harga yang cukup mahal. Kesunyian dan kesepian pasti akan menyelubungi diri kita. Namun ada banyak cara untuk menghadirkan diri pasangan dalam kehidupan seharian kita. Dan yang paling penting, perlu lah percaya dan jujur antara satu sama lain. Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur. Mungkin ketakutan muncul apabila anda memikirkan pasangan akan berlaku curang apabila tinggal berjauhan. Usah risau, sebaliknya berfikirlah secara positif bahawa pasangan anda mempunyai perasaan yang sama dan kerinduan yang sama. 

Apabila jauh,mesti akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik. Cuma ia salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan mengajar untuk menjadi seorang kekasih yang setia. 

Dan yang paling penting bila berjauhan, cintailah dia kerana Allah. Bila bertemu, walaupun rindu sekalipun, jagalah adab dan batas antara satu sama lain kerna Allah itu Maha Melihat. Jangan lah kerna terlalu rindu, kita hendak hancurkan maruah wanita yang kita cintai walaupun hanya memegang tangan si dia. 

Apapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia.

P/s : Jangan lupa untuk mendoakan ibu bapa dan seterusnya pasangan anda selepas solat kerana Allah yang menentukan segala-galanya. InsyaAllah =)




No comments:

Post a Comment