" Mungkin insan yang kita lihat kini, bergelumang dengan maksiat tetapi kita masih tidak tahu pengakhiran hidupnya. Tiada yang mustahil Allah memberi keampunan pada akhir hayatnya dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Allah "
Dari jauh, aku seperti mengenali lelaki berjubah putih ini. Tanpa segan silu, aku mendekatinya dari belakang dan menegurnya, "hei Sams! (Bukan nama sebenar)". Hamba Allah ini berpaling kepadaku lantas menyambut "Assalammualaikum". Terdiam seketika aku, betul ke dia kenalan aku di Matrikulasi dulu? Subhanallah.Sungguh aku kagum dengan kebesaran Allah.
Manakan tidak aku terkejut, akhlak dan peribadi dia sangat berubah. Benarlah bahawa ini tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Dulu sapa tak kenal Sams, ketika di matrikulasi dulu dia lah raja DOTA,playboy dan baginya Islam itu hanya agama yang dianuti sejak lahir dan tidak lebih sekadar dari itu. Kalau bab agama, jauh sekali dan akan menyorok dalam bilik. Kalau dahulu bahasa gurauan kami "Kalau dia solat, tanda nak kiamat lah" dan diiringi dengan gelak sorak rakan-rakan lain. Apabila habis sahaja program matrikulasi, semua terputus hubungan sampailah harini, dimana Allah temukan aku dengan dia.
Kami meluangkan masa hampir sejam di kedai minum. Aku kagum dengan perubahan dia tatkala diri aku terumbang ambing lagi. Antara kata-kata yang cukup indah adalah,"Manusia ini akan menemui satu titik, titik untuk mencari hakikat kebahagian sebenar".
"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan,nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.- Surah Al-Baqarah (Ayat 284)"
P/s : Subhanallah. Sangatlah beruntung orang yg bertuah mendapat Hidayah drpd Allah SWT. Kita dianjurkan supaya sentiasa memohon petunjukNya. Moga kita semua tergolong dlm kumpulan orang yg mendpt kejayaan ini. Dan janganlah kita merendah2kan orang yang mahu berubah tapi bersangka baiklah dengan mereka.

No comments:
Post a Comment