Antara sebab ujian diturunkan adalah untuk meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah. Dan Maha Bijaksana Allah apabila ujian itu diberikan berdasarkan tahap keimanan. Dan tentunya ujian yang paling hebat adalah apa yang dialami oleh para nabi.
Tapi ingatkah kita bila saatnya kita mula memahami erti kehidupan beragama secara praktikalnya? Jawapannya ketika ujian melanda, kerana ketika itulah banyak orang mula belajar untuk menghafal doa-doa (utk menghilangkan kesedihan) yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W, banyak orang mula belajar erti tawakkal kepada Allah satu-satunya, banyak orang mula memahami erti khusyuk dalam ibadah, banyak orang mula merasakan manisnya menitiskan air mata di tengah malam tatkala bermunajat kepada Allah lantaran terasa beratnya memikul dugaan. Kerana itu, kebiasaannya kita akan mula rasa kehilangan rasa khusyuk dalam ibadah apabila hidup dirasakan senang dan balaa' tidak lagi kelihatan. Dalam liku-liku kehidupan ini, kadangkala, untuk menceritakan tentang nikmat ibadah, nikmat khusyuk, sukar benar ia digambarkan melainkan oleh orang yang sudah dan dapat merasainya sahaja.
Dan apabila tiba sahaja ujian atau kesusahan, tetapkan dalam minda, perkara pertama yang harus kita lakukan adalah MENGADU KEPADA ALLAH. Kemudian barulah kita mencari jalan penyelesaiannya. Dalam menghadapai ujian Allah, usah terlalu bergantung harap kepada manusia. Kerana manusia sesama manusia tidak mampu memberi kebahagiaan atau penderitaan. Andai Allah mentakdirkan kita untuk bahagia, walaupun derita yang orang lain cuba lemparkan kepada kita, pasti kita akan tetap bahagia. Contohnya seperti kebanyakkan dalam fb, apabila mempunyai masalah,kebanyakkan mereka akan mengUPDATE status meluahkan perasaan mereka. Apakah mereka tidak sedar Allah itu lebih Maha Mengetahui?
Sedarkah kita, bahawa Allah menguji kerana Allah menyayangi kita? Cuba kita renung kembali, kadang-kadang selepas sesuatu ujian itu pergi, barulah kita menyedari bahawa ia tidaklah sebesar mana. Namun Allah memberi kerunsingan kepada kita tatkala kita di dalam musibah itu, kerana apa? Pastinya kerana Allah mahukan kita kembali kepadaNya. Dan antara sebab lain juga kita diuji adalah kerana perbuatan/ perangai kita sendiri. Kebiasaannya bila diuji, kita akan tersedar dan kembali mencariNya.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
P/s : Ingatlah, ujian Allah itu selalunya akan mendekatkan diri kita kepadaNya.

No comments:
Post a Comment