Sunday, 29 January 2012

Confrim Ke Masuk Syurga Bro?

"Eh, kau tengok budak tu, dia tu konpem masuk neraka"

Semenjak dua menjak ni kerap kita dengar orang suka menghukum orang lain, sesuka mereka je nak cakap orang ni masuk neraka atau syurga, tak kira lah dia ahli politik mahupun orang di keliling kita. Wahh ! hebat nya ! Lawan Allah nampak. Sihatkah imannya?? Walaupun sudah banyak usaha dan ibadat yang kau lakukan, bertimbun-timbun kebaikan yang awak hulurkan, itu tidak menjamin Syurga kepadakau, kerana kau akan dimasukkan ke dalam Syurga dengan rahmat Allah. Ya. Dengan. Rahmat. Allah. :)



Hmm, tiba-tiba teringat pula satu kisah yang didengari oleh Abu Hurairah. Beliau telah mendengar Nabi S.A.W menceritakan sebuah kisah tentang dua orang lelaki yang hidup dalam kalangan Bani Israel. Keadaan mereka tidaklah sama. Berbeza. Seorang daripadanya ialah pelaku dosa dan seorang lagi ialah si abid yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah.

Si abid sering kali melarang saudaranya daripada melakukan dosa, tetapi tidak diendahkan walau sedikit. Ketika si abid melihat saudaranya melakukan maksiat, dia menegur, 'Cukuplah!' dan dibalas, 'Tinggalkan aku bersama Tuhanku, adakah engkau ini dihantar kepadaku sebagai penjaga diriku?'. Kemudian, balas pula si abid, 'Demi Allah! Dia pasti tidak akan mengampunkan engkau atau Dia tidak akan memasukkan engkau ke dalam Syurga'.

Hari kian berlalu, tibalah masa mereka dipanggil oleh Allah. Meninggalkan dunia ini. Ketika dihadapkan di hadapan Allah, maka Allah berfirman kepada si abid, 'Adakah engkau mengetahui apa yang ada di sisi-Ku? Atau engkau berkuasa di atas apa yang telah Aku tetapkan?' Kemudian, Allah beralih pula kepada si pelaku dosa, 'Pergilah masuk ke dalam Syurga dengan rahmat-Ku'. Si abid telah dimasukkan ke dalam neraka dengan perintah Allah. Wallahu'alam.

Abu Hurairah berkata, 'Demi Tuhan yang diriku berada di tanganNya, dia (si abid) telah mengatakan sesuatu perkataan yang memusnahkannya di dunia dan di akhirat'-Hadis Iman Abu Daud dan Imam Ahmad.

P/s : Allah itu lebih Maha Adil dan Mengetahui. Kenapa kita senang-senang nak jatuhkan hukum dia masuk neraka atau syurga? SubahanaAllah. Manusia ni sentiasa berubah, mana tahu satu hari nanti, dia adalah salah seorang ahli syurga. Jangan lah menghukum, tapi menegur lah cara baik =)

No comments:

Post a Comment