Friday, 13 January 2012

Bangunlah Dari Kegagalan !

"Jika orang-orang bertanya, mengapa saya masih dapat tertawa, mereka akan sedar bahwa masih ada ruang dan peluang dalam hidup di dunia ini”, jelas Nick. Jika tidak demikian, seorang lelaki ini tanpa tangan dan kaki tidak akan mungkin dapat hidup seperti orang yang sehat" - Nick Vujicic 


Jika anda sedang mengusahakan sesuatu kemudian hasilnya tak menjadi, jangan putus asa.Sebaliknya, beri ruang pada diri anda untuk ‘recover’. 

Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikannya dan berhadapan dengan kegagalan tersebut, kemudian bangkit dan belajar dari kegagalan tersebut. 

Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. 



Apabila kita menyedari inilah hakikat kehidupan, maka kita tidak seharusnya berputus asa atau kecewa apabila kita menerima kegagalan atau tidak dapat mencapai apa yang kita inginkan walaupan kita telah berusaha. Pegangan aqidah menetapkan bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk menentukan sesuatu perkara sedangkan manusia hanya berusaha.

P/s : Usaha itu tangga kejayaan !

2 comments:

  1. Jika rasa diri kita paling lowest, percayalah still ada orang yang paling rendah lagi dari kita, I mean dari segi kekurangan. Dan kekurangan tu lah actually yang bina kekuatan. Wallahualam :) Thanks sharing.

    ReplyDelete
  2. salam. yup. video ni best, good for increase our motivation level :)

    ReplyDelete